Assalamua'laikum...
Innaa Lillaahi Wa Inna Ilaihi Rojiu'un....
Betapa sedih melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya ... Hebatnya Perjuangan Seorang ibu Untuk Anaknya ... MasyaAllah ... 😢😢😢. Kelu rasanya lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini ... Semoga Allah Menempatkan mereka di Syurga firdaus...Aamiin Allahumma Aamiin...
Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada’ yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Bashar Assad dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya thn 2012. Gambar sebelah kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, yaitu ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad.
Peristiwa Hama merupakan satu diantara di antara peristiwa paling tragis yang terjadi kepada rakyat Suriah. Rezim Hafez Assad melakukan pembunuhan terhadap 40,000 ribu muslim Ahlusunnah di Suriah ... Yaa Allah kami berlindung kpd-MU dari Mara bahaya di bumi ini...karna ENGKAU lah Sebaik-baik pelindung...
==============================
Bersama Kita Doakan Untuk Almarhumah
==============================
بسم الله الرحمن الرحيم
,أشهد ان لا اله الا الله و أن محمد رسوال الله , و إنا لله و إنا إليه راجعون
,اللهم اغفـر لها وارحمها و اعف عنها واكرم نزلها ووسع مدخلها
,واغسلها بالماء والثلج والبرد
,و نقها من الخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس
,و أبدلها دارآ خيرآ من دارها و أهلآ خيـرآ من أهلها و زوجآ خيـرآ من زوجها
,و قها فتنة القبر وعذاب النار
...............
,انا لله وانا اليه راجعون
,انا لله وانا اليه راجعون
,إنا لله و إنا إليه راجعون
...............
لا إله الا الله
آمين آمين آمين
يا الله يا رب العالمين
...............
Bacalah Wahai Keturunan Adam. !!!
Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya...Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu...
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan....
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia....
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya....
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran....
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa....
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki....
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki....
Hebat kan wanita???
Anda amat bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita....
Buat kaum Adam, hargailah hawa yang berada disebelah anda itu....
Tag Suami anda yang Tersayang dan kongsikan pada Sahabat yang anda rasakan patut dihargai
[...]
Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya...Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu...
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan....
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia....
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya....
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran....
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa....
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki....
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki....
Hebat kan wanita???
Anda amat bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita....
Buat kaum Adam, hargailah hawa yang berada disebelah anda itu....
Tag Suami anda yang Tersayang dan kongsikan pada Sahabat yang anda rasakan patut dihargai
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yang saya hormati…Saya
tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… Tetapi saya mesti
menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat
meredakan rasa berdosa…saya selama ini…Ustaz mungkin tidak kenal saya namun
saya mengenali ustaz..Tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz, saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yang cukup menyedihkan..harap ustaz tidak
bosan mendengarnya…
Saya merupakan seorang suami..kepada
seorang isteri yg amat baik dan setia ..Namun ustaz ..saya tidak pernah
menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….Kerana pada waktu
itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang
wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….Dia seorang yang sederhana pada
segi paras rupanya….Seorang yang tidak pandai bergaya …Tetapi kuat pegangan
agamanya…. Bertudung labuh…Bersopan santun.. Baik budi bahasanya….Untuk
pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh
keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz, terus terang saya katakan yang saya
sudahpun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan
kami amat menyintai antara satu sama lain….Cumanya saya akui teman wanita saya
ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat…Ustaz, selepas berkahwin dengan
isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..Saya amat marah kepada
isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama
kekasih saya yang amat saya cintai itu.
Ustaz, sepanjang kehidupan kami…saya
selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…Dengan harapan kami akan
bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….Namun rupanya ustaz…isteri
saya ini adalah wanita yang penyabar….Pernah saya tidak balik ke rumah..dengan
tujuan isteri saya akan membenci saya…Tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia
menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…? Nak saya panaskan
lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar
mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat ?…Abang tak pernah
solat ke?…..Paannggg..!! Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan
geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yang menggila…Bengkak pipinya…dia
menangis terisak-isak…Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz, pernah suatu hari…dia ingin
bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya
…pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam
handphone……Ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan
…sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk
saya…..Dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz, saya bertambah lupa daratan…Saya
habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan
isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya...Rupanya dia tetap
tabah dan bersabar…..Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati
saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang di murkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila
keluarganya datang bertanyakan khabar dia, kata dia amat bahagia bersama
saya…Tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz, suatu hari saya telah diberikan
balasan oleh Allah…Dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat
dengan kemalangan….Tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak
berdaya untuk bangun….Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….Ketika
itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..Berak kencing saya… dia
tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli
….Dialah yang memandikan saya…Menggosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk
saya….Bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk
dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..Dia datang kepada saya dan
menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa
lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….Risau saya
mengerang kesakitan lagi.
Ustaz, isteri sayalah yang menyuapkan saya
makan…Dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….Dia akan
membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya
kenangkan kembali ..sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari
teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu, datang menghulurkan bantuan
apatah lagi melawat…Kekasih saya..lagi lah..Apabila dapat tahu saya kemalangan
dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..Kononnya saya suami orang..Huh..sekarang baru dia
kata saya suami orang..Dulu, dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada
saya untuk membenci isteri saya… Ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya
kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim
kepada isteri yang menyayangi saya….Besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan
..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..Badannya
menjadi kurus kering….Tiada selera makan…Terbaring..tak bermaya…..Kata doktor
yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah
hati….Hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz, kesihatan isteri saya makin
teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….Saya menangis
sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya
lakukan terhadapnya….Dia hanya tenang dan menjawab, dia telah lama maafkan saya….”Abang
saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……Berderai airmata saya,
hancur hati saya….Pilu bercampur sebak yang amat sangat…Diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz, selepas itu isteri saya di masukkan
ke dalam wad kecemasan…..Saya menjaganya setiap hari….Saya belai rambutnya saya
kucup dahinya…Sambil airmata ini tidak berhenti-henti mengalir…”Jangan menangis
bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati
abang.. ”Berdentum”...seolah-olah hati saya disambar halilintar…Saya menangis
lagi….Sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..Malah
ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..Ternyata
pujian itu bagaikan sumpahan untuk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia
meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya
untuk menghadap ilahi semakin hampir….Saya meraung….merayu kepadanya agar tidak
meninggalkan saya…Tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia
meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga
saya….Ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia
mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua
minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya….Dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati
ini…saya meraung semahu-mahunya ….menyesal di atas kekasaran yang pernah saya
lakukan.
Ustaz, jiwa saya tak tenteram…Apakah Allah
akan mengampunkan dosa saya ini…..Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan
buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….Tolonglah ustaz saya amat
menderita…..Jiwa saya terseksa…..Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan
akhir isteri saya..”Abang…jagalah diri baik-baik….Jangan lupa tunaikan
solat….Berbuat baik… Takutlah kepada Allah….Dan jika bertemu dengan insan
bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz, sebelum isteri saya menghembuskan
nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar
dan hayati….Lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak
sempat dia nikmati….Kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapkan
dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan
ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya
teringin sangat nak makan bersama abang…..Mendengar cerita abang….Menyambut
abang pulang dari kerja….Bergurau dan bermanja dengan abang…..Memeluk abang
ketika tidur…..Tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…Jaga
diri…..Sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya
meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya
sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak
buat untuk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan
bagi mereeka yang bergelar suami….Sayangilah isteri anda….selama mana anda
berpeluang untuk berbuat begitu…Janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya
lakukan…Pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya……. (^ ^)